1. "

    Pengawalseliaan bioteknologi moden dan biokeselamatan

    Peneraju dalam pengawalseliaan bioteknologi moden dan biokeselamatan demi kesejahteraan negara.

  2. "

    Memastikan penggunaan bioteknologi moden secara lestari

    Memberikan perkhidmatan secara profesional dan berintegriti dalam memastikan penggunaan bioteknologi moden secara lestari dan selamat bagi melindungi kesihatan rakyat dan ekosistem negara.

  3. "

    Meningkatkan kesedaran awam berhubung kepentingan biokeselamatan

    Meningkatkan kesedaran awam berhubung kepentingan biokeselamatan terhadap kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.

PENGENALAN KEPADA JABATAN BIOKESELAMATAN

SEKSYEN PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN

SEKSYEN PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN

Mengurus dan melaksanakan penilaian permohonan kelulusan dan pemberitahuan untuk semua aktiviti berkaitan organisma hidup yang diubah suai (Living Modified Organism – LMO) dan hasilannya.

SEKSYEN PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN

SEKSYEN PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN

Menjalankan pemantauan pematuhan terhadap Terma dan Syarat kelulusan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) di makmal/premis penyelidikan dan kawasan uji kaji lapangan serta aktiviti pengesanan (Living Modified Organism – LMO) di lapangan seperti pintu masuk negara, pasaran dan ladang.

SEKSYEN KORPORAT DAN PENGURUSAN

SEKSYEN KORPORAT DAN PENGURUSAN

Memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh warga Jabatan, dokumen/maklumat dan harta-benda Kerajaan sentiasa terpelihara dan terjamin.

PENGUMUMAN

  • Orang awam adalah dijemput untuk menyertai Konsultasi Awam Bersepadu (Unified Public Consultation, UPC) bagi mengemukakan pandangan serta maklum balas berhubung cadangan pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678]. Konsultasi ini akan berlangsung dari 10 Februari 2026 hingga 28 Februari 2026. Maklumat lanjut serta penyertaan boleh diakses melalui pautan berikut: https://upc.mpc.gov.my/view-consultation/167.

    Penyertaan orang awam amat penting dalam menyokong usaha jabatan memperkukuh peruntukan Akta Biokeselamatan 2007 agar ia terus relevan, berdaya tahan, dan selari dengan perkembangan pesat bioteknologi moden.