Objektif

  1. Melaksanakan obligasi negara di bawah Cartagena Protocol on Biosafety to the Convention on Biological Diversity;
  2. Memastikan pelaksanaan pendekatan penilaian risiko kepada organisma hidup yang diubah suai (LMO) dan hasilan LMO yang akan mendatangkan atau berpotensi mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan ekosistem;
  3. Memastikan kawal selia aktiviti melibatkan organisma hidup yang diubah suai dan pelepasan hasilan organisma sedemikian agar tidak menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara; dan
  4. Meningkatkan kesedaran awam berhubung kepentingan biokeselamatan terhadap kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.