Pengenalan Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC)

Pada tahun 2010, Lembaga Biokeselamatan telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) sebagaimana dinyatakan di bawah seksyen 6, Akta Biokeselamatan 2007. Fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk memberikan nasihat saintifik, teknikal dan nasihat lain berkaitan biokeselamatan kepada Menteri atau Lembaga. Jawatankuasa ini juga berperanan dalam penilaian dan pengurusan risiko berkaitan organisama hidup yang diubah suai (LMO) dan hasilannya.