Permohonan Pemberitahuan Kegunaan Terkawal
Proses Permohonan Pemberitahuan Kegunaan Terkawal
Pemberitahuan perlu dihantar untuk semua aktiviti kegunaan terkawal yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup (LMO). Aktiviti kegunaan terkawal dijalankan dalam sesuatu struktur kemudahan, pemasangan atau struktur fizikal lain yang menghalang sentuhan dan kesan LMO kepada alam sekitar luaran. Tujuan aktiviti kegunaan terkawal merangkumi penyelidikan dan pembangunan, operasi pengeluaran, pengilangan serta penyimpanan.
LMO yang digunakan dalam aktiviti kegunaan terkawal boleh diimport ataupun dihasilkan di dalam negara.
Sekiranya aktiviti kegunaan terkawal adalah untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan, IBC pemohon perlu menilai serta meluluskan aktiviti tersebut terlebih dahulu dengan menghantar borang Annex 2 (IBC Assessment of Project Proposal Involving Modern Biotechnology Activities) bersama dengan Form E kepada Jabatan Biokeselamatan
Aktiviti kegunaan terkawal boleh bermula setelah mendapat surat pengakuterimaan daripada Ketua Pengarah Biokeselamatan. Walau bagaimanapun, Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan boleh mengenakan terma dan syarat seperti yang diperlukan setelah mempertimbangan pemberitahuan tersebut.
Proses Pemberitahuan
Fi
- Borang ini digunakan untuk aktiviti kegunaan terkawal yang melibatkan LMO
- LMO yang digunakan dalam aktiviti kegunaan terkawal boleh diimport ataupun dihasilkan di dalam negara.
- Semua kelas tahap biokeselamatan (Tahap Biokeselamatan 1, 2, 3 dan 4) dirangkumi dalam borang ini
- Sekiranya aktiviti kegunaan terkawal adalah untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan, IBC pemohon perlu menilai serta meluluskan borang tersebut dengan penghantaran borang Annex 2 (IBC Assessment of Project Proposal Involving Modern Biotechnology Activities).
c) Annex 2 (IBC Assessment of Project Proposal Involving Modern Biotechnology Activities)