Pengenalan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK)
Selaras dengan objektif Akta Biokeselamatan 2007, Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) telah ditubuhkan pada tahun 2010. Penubuhan LBK ini bertujuan mengawal selia pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal LMO dan pelepasan hasil organisma sedemikian.
Fungsi Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan:
- Untuk membuat keputusan tentang semua permohonan dan perkara di bawah Bahagian III dan Bahagian IV;
- Untuk memantau aktiviti yang berhubungan dengan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian;
- Untuk menubuhkan mekanisma untuk memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan penyebaran data yang berhubungan dengan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dan biokeselamatan;
- Jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, untuk melaksanakan atau mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan obligasi yang berbangkit daripada perjanjian, konvensyen, atau triti yang berhubungan dengan biokeselamatan yang kepadanya Malaysia menjadi suatu pihak jika perjanjian, konvesyen atau triti itu berkaitan dengan maksud Akta ini.