Pendaftaran IBC Baharu
Organisasi yang menjalankan aktiviti bioteknologi moden mesti menubuhkan Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (IBC) yang berdaftar dengan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK).
Proses Pendaftaran
Isikan Borang G (NBB/IBC/20/BORANG G) dan serahkan borang yang telah diisi kepada yang berikut:
Ketua Pengarah Biokeselamatan
Jabatan Biokeselamatan
Aras 4, Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
62000, Putrajaya
Sila simpan salinan borang pendaftaran anda.
Bayaran
Tiada bayaran untuk pendaftaran IBC
Borang dan dokumen yang berkaitan
Penerangan:
Garis panduan ini memberikan kaedah menubuhkan IBC, peranan IBC and proses yang perlu diikuti semasa mendapat, mengguna, memindah, menyimpan ataupun melupuskan bahan LMO/rekombinan DNA. Ia juga memberikan penerangan tentang peraturan serta prosedur yang berkaitan. Maklumat lain yang boleh didapati dalam garis panduan ini adalah seperti tanggungjawab Biological Safety Officer (BSO) dan penyelidik, keahilan IBC, penerangan jenis-jenis penilaian yang perlu dijalankan oleh IBC, tindakan yang diperlukan untuk melaporkan kejadian, kecederaan dan juga maklumat yang lain.