Protokol Cartagena

Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity-CBD) merupakan salah satu konvensyen alam sekitar yang diterima oleh masyarakat dunia semasa Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1993. Sehingga kini, konvensyen ini telah menjadi platform antarabangsa utama untuk mengetengahkan isu pemeliharaan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi, serta perkongsian faedah secara adil dan saksama hasil dari penggunaan sumber biologi. Persidangan Parti-Parti (Conference of the Parties-COP) kepada CBD pada 29 Januari 2000 telah mewujudkan satu perjanjian tambahan kepada Konvensyen yang dikenali sebagai Cartagena Protocol on Biosafety (CPB). Protokol Cartagena adalah perjanjian antarabangsa yang mengawal selia pergerakan rentas sempadan organisma diubah suai yang hidup yang dihasilkan melalui bioteknologi moden. Protokol ini telah mula berkuatkasa pada 11 September 2003 dan diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun yang sama. Protokol Cartagena memberikan penekanan kepada langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan ancaman yang serius atau kerosakan yang tidak dapat diperbaiki yang berkemungkinan berlaku akibat pernggunaan LMO. Ia bagi memastikan adanya piawaian keselamatan yang mencukupi khususnya berkaitan pemindahan, pengurusan dan penggunaan LMO yang mempunyai risiko kesan sampingan. Protokol ini juga menetapkjan bahawa ketidakpastian saintifik yang disebabkan oleh kekurangan maklumat da pengetahuan saintifik berkenaan takat kesan buruk LMO tidak menghalang negara parti dari membuat keputusan berkenaan pengimportan LMO bagi mengelakkan kesan buruk kepada kesihatan manusian dan alam sekitar. Berdasarkan prinsip berjaga-jaga yang ditekankan dalam Protokol Cartagena, negara parti boleh mengenakan tindakan menghalang import LMO ke dalam negara. Elemen penting dalam konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity-CBD) merupakan salah satu konvensyen alam sekitar yang diterima oleh masyarakat dunia semasa Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1993. Sehingga kini, konvensyen ini telah menjadi platform antarabangsa utama untuk mengetengahkan isu pemeliharaan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi, serta perkongsian faedah secara adil dan saksama hasil dari penggunaan sumber biologi.

Persidangan Parti-Parti (Conference of the Parties-COP) kepada CBD pada 29 Januari 2000 telah mewujudkan satu perjanjian tambahan kepada Konvensyen yang dikenali sebagai Cartagena Protocol on Biosafety (CPB).

Protokol Cartagena adalah perjanjian antarabangsa yang mengawal selia pergerakan rentas sempadan organisma diubah suai yang hidup yang dihasilkan melalui bioteknologi moden. Protokol ini telah mula berkuatkasa pada 11 September 2003 dan diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun yang sama.

Protokol Cartagena memberikan penekanan kepada langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan ancaman yang serius atau kerosakan yang tidak dapat diperbaiki yang berkemungkinan berlaku akibat pernggunaan LMO. Ia bagi memastikan adanya piawaian keselamatan yang mencukupi khususnya berkaitan pemindahan, pengurusan dan penggunaan LMO yang mempunyai risiko kesan sampingan. Protokol ini juga menetapkjan bahawa ketidakpastian saintifik yang disebabkan oleh kekurangan maklumat da pengetahuan saintifik berkenaan takat kesan buruk LMO tidak menghalang negara parti dari membuat keputusan berkenaan pengimportan LMO bagi mengelakkan kesan buruk kepada kesihatan manusian dan alam sekitar.

Berdasarkan prinsip berjaga-jaga yang ditekankan dalam Protokol Cartagena, negara parti boleh mengenakan tindakan menghalang import LMO ke dalam negara. Elemen penting dalam Protokol Cartagena adalah prosedur pemberitahuan awal dan izin berhubung import dan eksport LMO yang dikenali sebagai Perjanjian Pemberitahuan Awal (Advanced Inform Agreement).

Prosedur perjanjian pemberitahuan awal ini terpakai kepada pergerakan merentas sempadan suatu LMO pada kali pertama dengan tujuan untuk dilepaskan dalam persekitaran negara parti yang mengimportnya. Prosedur ini diadakan bagi memastikan sebelum suatu LMO diimport ke dalam negara, negara pengimport:

  1. Telah dimaklumkan mengenai cadangan pengimportan
  2. Telah mendapat maklumat penuh mengenai LMO tersebut dan tujuan kegunaannya
  3. Mempunyai peluang untuk menilai risiko berkaitan LMO tersebut dan membuat keputusan sewajarnya sama ada untuk bersetuju atau tidak bersetuju membenarkan ia diimport ke dalam negara

Prosedur ini juga memberikan tumpuan kepada proses:

  1. Komunikasi
  2. Pembuatan keputusan antara parti terlibat