Ketua Pegawai Digital (CDO)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB (Puan Mardhiah binti Yahya Zikri – Pengarah Seksyen Korporat dan Pengurusan)
- Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analisis dan teknologi digital.
- Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.
- Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul.
- Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan.
- Memastikan Pelan Startegik Pendigitalan (PSP) agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan.
- Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui urus setia kluster kerajaan.