Proses Permohonan Pemberitahuan Eksport
Pemberitahuan Untuk Eksport Organisma Hidup Yang Diubah Suai (LMO)
Pemberitahuan perlu dihantar untuk mengeksport organisma diubah suai yang hidup (LMO). Ini adalah sebagai pematuhan kepada Akta Biokeselamatan 2007.
Pemohon adalah bertanggungjawab untuk mematuhi kehendak negera pengimport LMO untuk mengimport LMO ke negara tersebut dan memberikan bukti pematuhan tersebut kepada Jabatan Biokeselamatan berserta Form F.
Pemohon juga tertakluk kepada mana-mana perundangan Malaysia yang berkaitan yang mengawal eksport dan perdagangan asing.
LMO boleh dieksport hanya setelah mendapat surat pengakuterimaan daripada Ketua Pengarah Biokeselamatan.
Setelah menerima surat pengakuterimaan, pengeksport yang diluluskan dikecualikan daripada menghantar Pemberitahuan yang lain sekiranya LMO yang dieksport seterusnya memenuhi syarat-syarat berikut:
- LMO yang sama dieksport
- LMO dieksport ke negara yang sama
- LMO dieksport untuk tujuan yang sama
Fi
Tiada pembayaran fi
Borang dan dokumen yang berkaitan