PENYERAHAN DOKUMEN PERMOHONAN

MAKLUMAN PENTING PENYERAHAN DOKUMEN PERMOHONAN KELULUSAN, PEMBERITAHUAN DAN DOKUMEN LAIN DARIPADA  JAWATANKUASA KEINSTITUSIAN BIOKESELAMATAN

Bagi memastikan borang permohonan dan dokumen sokongan bagi tujuan permohonan kelulusan dan pemberitahuan di bawah Akta Biokeselamatan 2007, borang pendaftaran dan pindaan butiran Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan serta Laporan Tahunan IBC diterima oleh Jabatan Biokeselamatan, maka adalah amat disarankan supaya semua dokumen ini dikemukakan secara terus (serahan tangan) kepada pihak Jabatan Biokeselamatan di alamat berikut:

Jabatan Biokeselamatan Aras 4, Blok F11, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya.

Sila pastikan segala borang permohonan, dokumen sokongan yang berkaitan dan salinan, serta bayaran fi (sekiranya ada) telah lengkap sepenuhnya sebelum membuat penyerahan di Aras 4 bagi mengelakkan kehilangan dokumen dan sebarang kelewatan dalam proses semakan. 

Sekiranya penghantaran menggunakan perkhidmatan pihak ketiga (pos, kurier ataupun kaedah lain), adalah wajib untuk memaklumkan arahan penghantaran ini (serahan tangan kepada pihak Jabatan Biokeselamatan di Aras 4) kepada penghantar.

Setelah Jabatan menerima dokumen tersebut, cop rasmi Jabatan akan digunakan sebagai bukti penerimaan. Adalah menjadi tanggungjawab penghantar dokumen untuk menyusuli dan memastikan bahawa cop rasmi Jabatan diperolehi dalam dokumen penerimaan tersebut. Jabatan memandang serius rantaian penjagaan dokumen yang dihantar dengan mengambil kira butiran aktiviti yang dihantar dalam permohonan mungkin rahsia ataupun mempunyai nilai perdagangan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai penghantaran permohonan, sila hubungi pihak jabatan melalui e-mel di dob@biosafety.gov.my