PENGENALAN KEPADA JABATAN BIOKESELAMATAN
SEKSYEN PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN
Mengurus dan melaksanakan penilaian permohonan kelulusan dan pemberitahuan untuk semua aktiviti berkaitan organisma hidup yang diubah suai (Living Modified Organism – LMO) dan hasilannya.
SEKSYEN PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN
Menjalankan pemantauan pematuhan terhadap Terma dan Syarat kelulusan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) di makmal/premis penyelidikan dan kawasan uji kaji lapangan serta aktiviti pengesanan (Living Modified Organism – LMO) di lapangan seperti pintu masuk negara, pasaran dan ladang.
SEKSYEN KORPORAT DAN PENGURUSAN
Memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh warga Jabatan, dokumen/maklumat dan harta-benda Kerajaan sentiasa terpelihara dan terjamin.
PENGUMUMAN
Orang awam adalah dijemput untuk menyertai Konsultasi Awam Bersepadu bagi mengemukakan pandangan serta maklum balas berhubung cadangan Peraturan Biokeselamatan (Peraturan Pelabelan Oganisma Diubah Suai yang Hidup (LMO) dan Hasilan Organisma Sedemikian). Maklumat lanjut dan dokumen taklimat konsultasi boleh diakses melalui pautan berikut: https://upc.mpc.gov.my/view-
consultation/218