Perbincangan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Satuni MADANI)
7 September 2024 Nilai, Negeri Sembilan










Perbincangan awal pelaksanaan Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni Madani) telah diadakan antara Jabatan Biokeselamatan dengan Ahli JPKK, Kampung Sungai Mahang bertempat di Butik Roti Maria, Kampung Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan.
Perkara - perkara yang dibincangkan adalah antaranya mengenalpasti keperluan dan isu sosioekonomi penduduk kampung serta orang awam di Kampung Sungai Mahang.
Rata-rata daripada mereka menyatakan hasrat bagi mengembangkan sektor ekopelancongan di kawasan mereka disamping pelaksanaan aktiviti kesedaran menjaga kebersihan sungai demi menyokong agenda hijau dan lestari.
JBK juga telah melawat ke beberapa lokasi ekopelancongan yang berpotensi dan juga melihat keadaan sekitar di Sungai Mahang.
Turut hadir, Pengarah Seksyen Penilaian dan Penyelidikan, Ybrs. Dr. Norwati binti Adnan, serta Pengarah Seksyen Penguatkuasaan dan Pemantauan, Puan Wan Sobiha binti Wan Sulaiman.