Perbincangan JBK bersama Petronas Research Sdn Bhd
27 September 2024 Putrajaya



Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menerima kunjungan delegasi Petronas Research Sdn. Bhd. (PRSB) di Bilik Biosfera, Aras 4, Kompleks F11, Putrajaya.
YBrs. Encik Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan telah hadir bagi mempengerusikan perbincangan berkenaan bersama delegasi daripada PRSB.
Perbincangan ini memfokuskan kepada penubuhan Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (Institutional Biosafety Committee- IBC) dan pengurusan permohonan pemberitahuan bagi aktiviti R&D kegunaan terkawal yang melibatkan organisma hidup diubah suai (Living Modified Organism-LMO).
Turut hadir, ketua delegasi, Dr. Jofry Othman serta pegawai dan pengarah-pengarah seksyen JBK.