Lawatan Penandaarasan Biokeselamatan ke India
23 September 2024 India









Delegasi Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah berangkat ke India bagi tujuan Lawatan Penandaarasan Biokeselamatan.
Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan kompetensi pegawai dalam pengawalseliaan biokeselamatan di Malaysia.
Delegasi JBK telah melawat Ministry of Environment, Forestry and Climate Change (MoEFCC) India, Biotech Consortium India Limited (BCIL) dan ahli Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan dari Panjab University. Delegasi JBK juga telah melawat satu uji kaji lapangan kapas dan mempelajari pengendalian aktiviti tersebut.
Lawatan ini menumpukan kepada perkongsian pengetahuan mengenai tatakelola biokeselamatan, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang serta aktiviti kesedaran berkenaan biokeselamatan.
Secara tidak langsung, kunjungan ini dapat membina jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua negara yang menjadi parti kepada Protokol Cartagena berkenaan Biokeselamatan.