Kursus Pengukuhan Pasukan dan Pemantapan Organisasi JBK
4 Oktober 2024 Melaka








Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah mengadakan Kursus Pengukuhan Pasukan dan Pemantapan Organisasi yang berlangsung selama tiga (3) hari bertempat di Grand Swiss-Belhotel, Melaka.
Pelbagai aktiviti telah dirancang merangkumi modul komunikasi berkesan, penyelesaian masalah serta sinergi kerja berpasukan. Selain itu juga, turut dibincangkan pencapaian Sasaran Kerja Utama (SKU) bagi tahun 2024.
Semua aktiviti ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara kakitangan serta menanam semangat kerja berpasukan.
Dengan berakhirnya kursus ini, diharapkan semua peserta dapat memanfaatkan pengalaman yang diperoleh dan terus komited memperkasa peranan JBK agar terus disegani dalam bidang biokeselamatan.