Hari Terbuka Sumber Manusia NRES
26 September 2024 Putrajaya



Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengadakan NRES Talk : BPSM Bersamamu di Pekarangan Lobi Blok F11, Kompleks F, Putrajaya.
Jabatan Biokeselamatan telah menyertai program ini bersama Jabatan serta Agensi lain antaranya PUSPANITA, CGSO, INTAN dan MQA.
Pengunjung berpeluang menyertai pameran biokeselamatan serta pelbagai aktiviti menarik yang diadakan antaranya pameran bijirin atau produk GM, ?pameran buku-buku biokeselamatan, infografik, tayangan video biokeselamatan, ?soal selidik mengenai tahap kesedaran terhadap biokeselamatan dan ?kuiz Kahoot.
Melalui program ini, warga NRES diberikan pendedahan mengenai kepentingan kehidupan yang sejahtera di samping menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat.