Kunjungan Hormat Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) Ke Pejabat Ketua Pengarah Biokeselamatan
6 Mac 2025 PUTRAJAYA

Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan (JBK) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Dr. Mohd Hefni bin Rusli, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC).
YBrs. Dr. Mohd. Hefni bin Rusli telah dilantik sebagai Pengerusi baharu GMAC berkuatkuasa 18 Februari 2025 yang lalu bagi menggantikan YBhg. Prof. Dr. Mohamad Faiz Foong bin Abdullah.
Antara inti pati kunjungan hormat tersebut ialah perancangan memantapkan pengurusan penilaian risiko permohonan aktiviti yang melibatkan GMO serta tatakelola GMAC dan Jawatankuasa Kecil GMAC