MESYUARAT LEMBAGA BIOKESELAMATAN KEBANGSAAN (LBK) BIL. 1 TAHUN 2026
27 Februari 2026 Putrajaya






Putrajaya, 27 Februari 2026
Mesyuarat Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan
(LBK) Bil. 1 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati binti
Awang, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
(NRES), bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.
Mesyuarat pada kali ini membincangkan 11 kertas
pertimbangan melibatkan tiga (3) kertas pertimbangan khas dan lapan (8) kertas
permohonan pemberitahuan.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Lornie Enggong (Ketua Pengarah Biokeselamatan, Jabatan Biokeselamatan) merangkap Setiausaha Lembaga, tiga (3) ahli pakar terdiri daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Jabatan Pertanian, empat (4) Ahli LBK iaitu daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Turut serta ialah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Genetik (GMAC), dua (2) pegawai daripada Pejabat Penasihat Undng-undang NRES, BPAS serta urus setia daripada JBK.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia