BENGKEL TANGGUNGAN DAN GANTI RUGI SERTA IMPLIKASI KEPADA PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI MODEN 2026
30 April 2026 Sepang


Hotel Sama-Sama, KLIA 30 April 2026 – Seksyen Penilaian dan Penyelidikan (SNP), Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Bengkel Tanggungan dan Ganti Rugi serta Implikasi Kepada Penyelidikan Bioteknologi Moden 2026 bertempat di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang pada 30 April 2026. Bengkel ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman mengenai isu tanggungan dan ganti rugi berkaitan Organisma Hidup diubah suai secara Genetik (LMO) serta produknya, meningkatkan kesedaran tentang pelaksanaan tanggungan dan ganti rugi di bawah Akta Bioselamatan 2007 serta kesannya terhadap para penyelidik dan mempelajari bagaimana perundangan berkaitan kerosakan alam sekitar dilaksanakan di bawah sistem perundangan Malaysia. YBrs. Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan telah memberikan kata-kata aluan serta merasmikan bengkel pada kali ini.