MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL DI BAWAH GMAC (JKG-PENGECUALIAN) BIL. 2/2026
11 Mei 2026 Sepang


Jabatan Biokeselamatan (JBK) melalui Seksyen Penilaian dan Penyelidikan (SNP) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Di Bawah GMAC (JKG-Pengecualian) Bil. 2/2026.
Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan isu-isu berkaitan penyuntingan genom. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Norliza Tendot binti Abu Bakar. Mesyuarat ini turut menjemput pembentang daripada China, iaitu Dr. Niu Xiaomu bagi berkongsi perkembangan produk penyuntingan genom di pasaran serta tatakelola biokeselamatan di negara China.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh anggota Jawatankuasa Kecil Di Bawah GMAC (JKG-Pengecualian) dan pegawai Jabatan Biokeselamatan.