Bengkel Pelan Strategik Siri 3
20 Jun 2025 PUTRAJAYA



Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah meneruskan penganjuran Bengkel Penyediaan Pelan Strategik JBK 2026-2030 Siri 3 yang memberi fokus kepada proses pemurnian dan penambahbaikan dokumentasi Pelan Strategik berdasarkan input, cadangan serta penilaian daripada bengkel-bengkel sebelum ini. Melalui sesi perbincangan dan penilaian terperinci, para peserta telah memperkemaskan Teras Strategik, Objektif, Strategi serta Indikator Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan hala tuju Jabatan Biokeselamatan bagi tempoh 2026 hingga 2030 adalah komprehensif, berdaya saing dan relevan dengan perkembangan semasa.
Bengkel ini turut melibatkan pembentangan hasil perbincangan daripada kumpulan kerja serta penilaian oleh pengurusan atasan Jabatan Biokeselamatan.