Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Bilangan 1 Tahun 2025
28 Julai 2025 PUTRAJAYA



Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah
menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah (JKAA) Bilangan 1 Tahun 2025
yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua
Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Mesyuarat ini
bertujuan untuk meneliti dan memberi kelulusan penggunaan wang amanah bagi
Projek Meningkatkan Kapasiti Institusi Dalam Amalan Biokeselamatan di
Malaysia di bawah peruntukan dana
Global Environment Facility Pusingan Ke-enam (GEF-6).
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut
ialah Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Ketua Pengarah Biokeselamatan,
Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan dan Perolehan, Wakil Bahagian Pengurusan
Alam Sekitar dan Wakil Bahagian Akaun sebagai ahli Jawatankuasa Akaun Amanah
tersebut. |