Sesi Dialog Pasca Persidangan Parti-Parti Ke-16 Kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD COP16)
11 Disember 2024 Kuala Lumpur




Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menghadiri Sesi Dialog Pasca Persidangan Parti-Parti Ke-16 Kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD COP16) bertempat di Four Points by Sheraton, Kuala Lumpur.
YBrs. Tuan Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan telah hadir sebagai moderator dialog berkenaan yang turut disertai oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Sesi dialog ini diadakan bagi menyampaikan maklumat kepada pemegang-pemegang taruh berkaitan hasil dan keputusan-keputusan penting CBD COP16 serta tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi obligasi negara di peringkat antarabangsa.