SESI LIBAT URUS CADANGAN AWAL PELAKSANAAN PENGISYTIHARAN SERTA TANGGUNGAN DAN GANTI RUGI (LR) PERINGKAT BORNEO TAHUN 2026
6 Oktober 2026 Sarawak





|
Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) Cadangan Awal Pelaksanaan Pengisytiharan Serta Tanggungan dan Ganti Rugi (LR) Peringkat Borneo pada 6 Oktober 2026 bertempat di Hotel The Waterfront, Kuching, Sarawak. Sesi ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai pemegang taruh yang terdiri daripada agensi kerajaan dan pemain industri. Antara agensi kerajan yang terlibat adalah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Selain itu, pemain industri khususnya daripada sektor pengangkutan turut menyertai sesi libat urus ini. Penganjuran SLU ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai cadangan awal pelaksanaan pengisytiharan biokeselamatan serta tanggungan dan ganti rugi (Liability and Redress – LR), di samping memperkukuh mekanisme pelaksanaan kawal selia di bawah Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] dan Nagoya–Kuala Lumpur Supplementary Protocol. Melalui sesi ini, JBK telah memperoleh pelbagai pandangan, maklum balas dan input daripada pemegang taruh berhubung cabaran, isu serta implikasi pelaksanaan pengisytiharan biokeselamatan dan LR. Input yang diterima akan menjadi asas penting dalam memperhalusi dasar, prosedur dan mekanisme pelaksanaan agar lebih praktikal, berkesan serta selaras dengan keperluan perundangan dan kepentingan negara. JBK merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta SLU yang telah memberikan kerjasama dan pandangan sepanjang sesi libat urus ini. Untuk Maklumat Lanjut: Facebook: DOBiosafetyMalaysia Instagram: @biosafetymalaysia TikTok: @biosafety.malaysia X: @mybiosafety Website: biosafety.gov.my YouTube: Department of Biosafety Malaysia Link:
|