Kunjungan Hormat Wakil UNEP ke atas KSU NRES
13 Disember 2024 PUTRAJAYA






Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Alex Owusu-Biney, Pengurus Portfolio (Biokeselamatan), Penyelarasan GEF, Bahagian Ekosistem, United Nations Environment Programme (UNEP) di Bilik Perbincangan KSU, Aras 10, Blok F11, Putrajaya.
Mesyuarat ini membincangkan laporan naziran oleh pihak UNEP bagi Projek Meningkatkan Kapasiti Institusi dalam Amalan Biokeselamatan di Malaysia melalui Dana Global Environment Facility (GEF) Pusingan Keenam (GEF-6) yang berlangsung dari 8 hingga 16 Disember 2024.
Turut hadir, Pengarah, Seksyen Korporat dan Pengurusan, Jabatan Biokeselamatan, Puan Mustika Najwa binti Abu Hassan.