Sesi Libat Urus Cadangan Pengukuhan Perjawatan Jabatan Biokeselamatan (JBK) Bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), NRES.
31 Julai 2025 PORT DICKSON







Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Cadangan Pengukuhan Perjawatan Jabatan Biokeselamatan (JBK) bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusi (BPSM), NRES di Bunga Raya Hall 3, Grand Lexis, Port Dickson. Program ini bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas pihak BPSM, NRES berhubung cadangan penambahbaikan struktur organisasi dan penstrukturan semula jawatan. Turut hadir, YBrs. Tuan Lornie Enggong,
Ketua Pengarah Biokeselamatan, YBrs. Puan Norazian binti Kamaruddin,
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), NRES, Puan
Rafidah binti Ahmad Kamal, Ketua
Penolong Setiausaha (Seksyen Pembangunan Organisasi, Perkhidmatan dan
HRMIS), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
(BPSM), NRES, Puan Siti Nor Mashita bintiI Mahadi, Penolong Setiausaha (Unit Pembangunan
Organisasi), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), NRES, semua Pengarah
Seksyen serta pegawai JBK. |