Tazkirah Ramadhan, Bekerja Sebagai Ibadah : Meningkatkan Sikap Integriti
14 Mac 2025 PUTRAJAYA






Unit Integriti Jabatan Biokeselamatan (JBK) hari ini telah mangadakan tazkirah ramadhan yang dimeriahkan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Encik Baharuddin bin Idris, Penolong Pengarah Kanan Masjid Putra, Putrajaya.
Antara pengisian yang disampaikan ialah berkaitan ibadah puasa bukanlah sekadar menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga melatih kejujuran disiplin, amanah dan integriti dalam pekerjaan.
Melalui perkongsian yang diterima menerusi tazkirah kali ini, penceramah menekankan bahawa bulan suci Ramadan bukan sekadar peluang meningkatkan amalan peribadi, tetapi juga sebagai momentum untuk memperkukuh nilai integriti, disiplin dan tanggungjawab dalam pentadbiran jabatan.