Kunjungan Hormat Kepada Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan (AKPS), KDN
30 Julai 2025 PUTRAJAYA


Ketua Pengarah Biokeselamatan, Jabatan Biokeselamatan (JBK) NRES telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), KDN pada 30 Julai 2025.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan JBK kepada rakan strategik AKPS berhubung dengan peranan dan fungsi jabatan dalam mengawal selia biokeselamatan menerusi Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678].
Perbincangan yang berlangsung turut memberi tumpuan kepada ruang dan peluang kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara JBK dan AKPS khasnya di pintu masuk negara.