KUNJUNGAN HORMAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM) KE JABATAN BIOKESELAMATAN (JBK)
11 Ogos 2026 Putrajaya


Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), KPKM.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara melalui penerapan bioteknologi moden dan inovasi dalam sektor agromakanan.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada peranan teknologi berasaskan sains dan inovasi dalam menangani cabaran sektor agromakanan, termasuk perubahan iklim, peningkatan kos pengeluaran, kekangan sumber serta ancaman penyakit tanaman dan ternakan.
Kerjasama antara KPKM dan JBK ini diharap dapat memperkukuh sinergi antara kedua-dua agensi dalam memastikan penggunaan bioteknologi moden dalam sektor agromakanan dilaksanakan secara selamat, bertanggungjawab dan mampan, seterusnya menyumbang kepada sistem makanan negara yang lebih berdaya tahan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: https://www.facebook.com/share/p/1Eo5Bz4WdV/
IG: https://www.instagram.com/p/Db-OwzrFDIF/?igsh=MTFobHgxM2JmY3NwNQ==