SUKAN RAKYAT KANAK-KANAK ANJURAN JABATAN BIOKESELAMATAN SEMPENA PROGRAM NRES AKTIF, INTEGRITI DAN SEJAHTERA 2026 (NAIS 2026)
24 Oktober 2026 Putrajaya






Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah turut serta dalam memeriahkan Program NRES Aktif, Integriti dan Sejahtera 2026 (NAIS 2026) yang berlangsung pada 24 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.
JBK telah mengendalikan dua (2) acara sukan rakyat kanak-kanak iaitu pertandingan membawa bola pingpong menggunakan sudu dan pertandingan mengisi air ke dalam botol. Acara tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga NRES. Seramai 50 orang kanak-kanak telah menyertai acara tersebut.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah Biokeselamatan, YBrs. Dr. Lornie Enggong dan Pengarah Seksyen Korporat dan Pengurusan, Puan Mardhiah binti Yahya Zikri bersama-sama urus setia JBK yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran pelaksanaan acara.
JBK komited untuk terus menyokong inisiatif kementerian dalam membudayakan gaya hidup aktif, menerapkan nilai integriti serta memupuk kesejahteraan dalam kalangan warga NRES dan komuniti.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link: