BENGKEL PENYELARASAN PENGUATKUASAAN BIOKESELAMATAN PERINGKAT BORNEO
15 April 2026 Sarawak






Bengkel Penyelarasan Penguatkuasaan Biokeselamatan Peringkat Borneo telah berlangsung dengan jayanya pada 15 hingga 17 April 2026 di Hotel Pullman Miri Waterfront, Sarawak. Bengkel ini melibatkan pelbagai agensi dalam kalangan rakan strategik JBK, antaranya Pejabat Penasihat Undang-undang (PPUU), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Setiausaha Tetap Negeri Sabah, PEjabat Setiausaha Tetap Negeri Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM), Miri, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak serta Pegawai Penguat Kuasa dari Jabatan Biokeselamatan.
Bengkel ini bertujuan membincangkan penyelarasan pelaksanaan penguatkuasaan biokeselamatan di Sabah dan Sarawak, khususnya dalam aspek pematuhan kepada Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678]. Antara pengisian utama merangkumi sesi taklimat, pembentangan amalan semasa di pintu masuk, perkongsian analisis pengesanan LMO serta perbincangan berfokus mengenai penyelarasan berhubung penguatkuasaan biokeselamatan di Borneo. Program turut melibatkan lawatan kerja ke Makmal Kawalan Keselamatan Makanan (MKKM), Miri bagi memberi pendedahan secara langsung kepada peserta berkaitan proses analisis dan pemantauan LMO.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara JBK dan rakan strategik serta meningkatkan keberkesanan mekanisme penguatkuasaan biokeselamatan di peringkat Borneo pada masa hadapan.