BENGKEL PENGENALAN DAN HALA TUJU PENGISYTIHARAN SERTA TANGGUNGAN DAN GANTI RUGI (LR) DALAM BIOKESELAMATAN
20 Mei 2026 Putrajaya


Bengkel Pengenalan dan Halatuju Pengisytiharan serta Tanggungan dan Ganti Rugi (LR) dalam Biokeselamatan telah diadakan pada 20 hingga 21 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), Aras 5, Blok F11. Bengkel ini dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu dan penyelarasan hala tuju berkaitan pelaksanaan pengisytiharan serta tanggungan dan ganti rugi (LR) dalam kerangka biokeselamatan negara.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik merangkumi perspektif Akta Biokeselamatan 2007 (Akta 678), perundangan antarabangsa, amalan semasa pengisytiharan serta pandangan dan maklum balas daripada pihak industri. Program ini turut menampilkan penceramah luar daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan CropLife Asia yang berkongsi pengalaman, amalan semasa serta pandangan industri berkaitan pelaksanaan pengisytiharan dan tanggungan serta ganti rugi (LR) dalam biokeselamatan.
Selain itu, sesi penyelarasan input turut diadakan bagi mendapatkan pandangan strategik daripada peserta dan pihak berkepentingan ke arah memperkukuh pelaksanaan dasar serta tadbir urus biokeselamatan negara secara lebih menyeluruh dan efektif.