JBK MENYERTAI PAMERAN SEMPENA MAJLIS PELUNCURAN PENANAMAN JAGUNG BIJIAN BERSKALA BESAR DAN VARIETI JAGUNG BIJIAN TEMPATAN
17 Ogos 2026 Sepang


Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menyertai pameran sempena Majlis Peluncuran Penanaman Jagung Bijian Berskala Besar dan Varieti Jagung Bijian Tempatan yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bertempat di Sepang, Selangor.
Penyertaan JBK dalam pameran ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan peranan dan fungsi JBK, khususnya dalam aspek biokeselamatan serta kawal selia organisma hidup diubah suai (LMO) di Malaysia.
Pameran ini turut menjadi platform untuk JBK berkongsi maklumat dan meningkatkan kesedaran orang awam serta para pemegang taruh mengenai kepentingan biokeselamatan dalam memastikan penggunaan dan pembangunan teknologi biologi moden dilaksanakan secara selamat dan bertanggungjawab.
JBK komited untuk terus memperkukuh usaha advokasi, pendidikan dan kesedaran berkaitan biokeselamatan demi kelestarian alam sekitar, keselamatan manusia dan pembangunan negara.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link: