MAJLIS SANJUNGAN BUDI CIK NURUL HAZIRAH BINTI NOR HASSAN
26 Ogos 2026 Putrajaya


Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi pada 26 Ogos 2026 bagi meraikan Cik Nurul Hazirah binti Nor Hassan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, dedikasi serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang bersama JBK.
Sesungguhnya, setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar meninggalkan kesan dalam tugasan, malah turut mencipta kenangan yang akan terus terpahat dalam ingatan warga JBK.
“Ada pertemuan yang singkat, namun kenangannya kekal sepanjang hayat.”
Semoga langkah seterusnya dipermudahkan, dikurniakan kejayaan yang berpanjangan serta dibukakan jalan menuju masa hadapan yang lebih gemilang.
Selamat maju jaya, Cik Hazirah!
Terima kasih atas segala jasa dan budi.
Yang pergi membawa kenangan, yang tinggal menyimpan ingatan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: MAJLIS SANJUNGAN BUDI CIK NURUL HAZIRAH BINTI NOR HASSAN
IG: MAJLIS SANJUNGAN BUDI CIK NURUL HAZIRAH BINTI NOR HASSAN