Aktiviti Zumba Sempena Hari Sukan Negara 2024
20 September 2024 Putrajaya





Bersempena Hari Sukan Negara 2024, Jabatan Biokeselamatan melalui Kelab Sukan telah mengadakan aktiviti zumba di Pekarangan Lobi Blok F11, Kompleks F, Putrajaya.
Aktiviti ini turut disertai oleh kakitangan dan pegawai Kementerian, Jabatan serta Agensi di bawah NRES. Masa yang terluang ini digunakan dengan sebaiknya oleh para peserta untuk sentiasa kekal aktif di luar rutin bekerja.
Para peserta turut membawa pulang hadiah cabutan bertuah dan kemeja-T percuma. Semoga aktiviti ini dapat menggalakkan budaya bersukan bagi melahirkan masyarakat yang cergas dan aktif.