Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [AKTA 678] berserta Cadangan Pindaan Fi Permohonan Kelulusan Lembaga Biokeselamatan bersama Pihak Akademia dan Pihak Industri di Zon Tengah
17 Jun 2025 Shah Alam




Seksyen Pemantauan dan Penguatkuasaan (SPP), Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] serta Cadangan Pindaan Fi Permohonan Kelulusan Lembaga Biokeselamatan bersama Pihak Akademia dan Pihak Industri bagi Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sesi ini telah berlangsung pada 17 dan 18 Jun 2025 bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam I-City.
Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan YBrs. Tuan Lornie Enggong.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mendapatkan pandangan serta ulasan daripada pihak akademik dan industri terhadap cadangan pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] dan struktur fi permohonan kelulusan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk menambah baik peruntukan sedia ada agar selari dengan perkembangan bioteknologi moden serta memberi pendedahan awal berkaitan mekanisme pelaksanaan pindaan fi kepada pihak yang berkepentingan. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang yang terdiri daripada ahli IBC, penyelidik dan pensyarah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institusi Penyelidikan dan Wakil Piihak Industri dari seluruh Malaysia.
Turut hadir bersama ialah Dr. Salahudin bin Dato’ Hidayat Shariff, Penasihat Undang-undang, Cik Camellia Roseriana binti Amu Peguam Kanan Persekutuan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan turut hadir sama Puan Azlina binti Mohd Said, dari Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam