BENGKEL PEMBANGUNAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH ORGANISASI (OACS) JABATAN BIOKESELAMATAN (JBK) 2026–2030
24 Ogos 2026 Putrajaya


Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) JBK 2026–2030 sebagai salah satu usaha memperkukuh tadbir urus dan budaya integriti dalam organisasi.
Bengkel ini merupakan platform penting bagi JBK untuk mengenal pasti risiko rasuah, menilai isu tadbir urus serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab Jabatan.
Bengkel ini turut disampaikan melalui perkongsian ilmu dan panduan oleh Puan Farah Najwa binti Abdul Aziz, Ketua Unit Integriti, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), khususnya berkaitan pendekatan pembangunan OACS, pengurusan risiko rasuah serta pengukuhan budaya integriti dalam organisasi.
Melalui sesi perbincangan dan perkongsian pandangan, para peserta bersama-sama meneliti risiko serta cabaran yang berpotensi menjejaskan integriti organisasi, di samping merangka strategi, inisiatif dan pelan tindakan pencegahan rasuah bagi tempoh 2026–2030.
OACS JBK 2026–2030 bukan sekadar sebuah dokumen perancangan, malah mencerminkan komitmen bersama seluruh warga JBK dalam membudayakan nilai integriti, ketelusan, akauntabiliti dan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link: