MESYUARAT PEMUKTAMADAN KPI DAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU) SERTA MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN BIOKESELAMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2026 | 26 – 28 JANUARI 2026 | MERCURE HOTEL, PENANG
26 Januari 2026 PULAU PINANG





Jabatan
Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Mesyuarat Pemuktamadan Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) dan Sasaran
Kerja Utama (SKU) Tahun 2026 serta Mesyuarat Pengurusan Jabatan Biokeselamatan
Bilangan 1 Tahun 2026 bagi memuktamadkan perancangan strategik Jabatan bagi Tahun
2026 serta menyelaraskan urusan tadbir urus, pengurusan sumber manusia, dan
isu-isu operasi Jabatan.
Mesyuarat
ini bertujuan untuk:
1.
Memuktamadkan KPI dan SKU yang realistik, dan selari dengan Visi dan Misi
Jabatan.
2.
Mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan
pencapaian KPI dan SKU.
3. Mesyuarat Pengurusan Jabatan pula membincangkan serta memutuskan perkara-perkara berkaitan dasar pentadbiran, pengurusan kewangan, dan isu-isu operasi semasa bagi memastikan pengurusan Jabatan berjalan dengan cekap, telus, dan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa. Mesyuarat ini telah disertai oleh warga JBK, merangkumi 3 seksyen dan 1 unit. Penganjuran mesyuarat inil turut disokong oleh pegawai-pegawai JBK selaku urus setia bagi memastikan kelancaran keseluruhan program.
Untuk maklumat
yang lebih lanjut, ikuti kami di media sosial:
Facebook:
DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
@biosafetymalaysia
TikTok:
@biosafety.malaysia
Twitter: @DOBmy
Website:
biosafety.gov.my