Bengkel Asas Pengurusan Rekod Dan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan
19 Jun 2025 PUTRAJAYA





Jabatan Biokeselamatan telah menganjurkan Bengkel Asas Pengurusan Rekod dan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan. Seramai 31 orang peserta daripada JBK turut serta dalam bengkel ini. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip asas pengurusan rekod yang efektif selaras dengan keperluan Jabatan Biokeselamatan.
Turut hadir Puan Sukana binti Saudi, penceramah daripada Bahagian Khidmat Pengurusan(NRES), dan majlis penutup oleh YBrs. Puan Mardhiah binti Yahya Zikri, Pengarah Seksyen Korporat dan Pengurusan, JBK.
Diharapkan bengkel ini dapat membantu proses persediaan awal kepada warga Jabatan Biokeselamatan berkenaan pelaksanaan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan yang akan dijalankan dalam masa terdekat oleh pihak Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri .