BENGKEL PEROLEHAN MODUL PENYEDIAAN SEBUTHARGA & TENDER (E-PROLEHAN) 2025
29 Mei 2025 KLANG




Seksyen Korporat dan Pengurusan, Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Bengkel Hands-On Sistem e-Perolehan (Modul Sebutharga & Tender dan Modul Pemenuhan). Seramai 20 orang peserta daripada JBK turut serta dalam bengkel ini. Bengkel ini bertujuan bagi memastikan tadbir urus kewangan menjadi lebih cekap, efisien dan efektif.
Menerusi bengkel ini juga, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai dasar, pekeliling, peraturan dan garis panduan kewangan terkini yang berkuat kuasa kepada para peserta dalam penyediaan dokumen sebutharga dan tender serta pemenuhan dalam sistem e-Perolehan.
Turut hadir YBrs. Mohamad Fathi Ahmad Basher, penceramah daripada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDC), dan majlis penutup oleh YBrs. Puan Mardhiah binti Yahya Zikri, Pengarah Seksyen Korporat dan Pengurusan, JBK.
Diharapkan bengkel ini dapat membantu para peserta mempertingkat kecekapan dan integriti dalam pengurusan perolehan jabatan, selaras dengan hala tuju Kerajaan MADANI.