SESI LIBAT URUS CADANGAN AWAL PELAKSANAAN PENGISYTIHARAN SERTA TANGGUNGAN DAN GANTI RUGI (LR) DI ZON UTARA TAHUN 2026
27 Ogos 2026 Pulau Pinang


Jabatan Biokeselamatan (JBK)
telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU)
Cadangan Awal Pelaksanaan Pengisytiharan Serta Tanggungan Dan Ganti Rugi (LR)
Zon Utara pada 27–28 Ogos 2026 di The Light Hotel, Pulau Pinang, dengan
penyertaan daripada agensi kerajaan seperti
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan
(AKPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta
Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Utara. Selain itu, pemain industri dalam kalangan syarikat
biokteknologi seperti pengimport, syarikat pengangkutan dan sebagainya turut
hadir ke SLU ini.
Program ini bertujuan
meningkatkan pemahaman berkenaan cadangan awal pengisytiharan biokeselamatan
serta tanggungan dan ganti rugi (LR), serta memperkukuhkan mekanisme
pelaksanaan kawal selia Akta Biokeselamatan 2007 dan Nagoya – Kuala Lumpur
Supplementary Protocol.
Melalui sesi ini, JBK telah memperoleh pelbagai pandangan dan maklum balas daripada pemegang taruh berkaitan cabaran, isu serta implikasi pelaksanaan pengisytiharan biokeselamatan dan LR. Input yang diterima akan dijadikan asas dalam memperhalusi dasar, prosedur dan mekanisme pelaksanaan agar lebih praktikal, berkesan serta selaras dengan keperluan perundangan dan kepentingan negara.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link: