Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dan Apresiasi Jabatan Biokeselamatan (JBK)
14 Februari 2025 Selangor







Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dan Apresiasi Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah diadakan pada 14 Februari 2025. YBrs.Tuan Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan telah menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 2 penerima APC 2024 JBK. Penerima APC telah diberikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai RM1,000.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Nor Farah Dina binti Paddy dan Puan Nik Fadhlina binti Nik Marwan@Nik Fauzi atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024.
Majlis juga merakamkan sekalung penghargaan kepada Puan Mustika Najwa binti Abu Hassan dan Puan Norazwana binti Aizon yang bertukar keluar ke Kementerian/Jabatan baharu.