SLU & PROGRAM TURUN PADANG DI SK NANGA WAK, JULAU DI BAWAH PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) DAN RH KANYAN, NYALAK LADONG, PAKAN SEBAGAI KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) JBK TAHUN 2026
8 Mei 2026 Sarawak


8 MEI 2026 | SARAWAK: Jabatan Biokeselamatan (JBK) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan, Dr. Lornie Enggong terus memperkukuh komitmen dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI melalui pelaksanaan sesi libat urus dan program turun padang di Sk Nanga Wak, Julau di bawah Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) dengan peruntukan RM100,000 serta di Rh Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan di bawah Program Kampung Angkat MADANI (KAM) JBK tahun 2026 dengan peruntukan RM500,000.
Program ini dilaksanakan bagi memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti setempat serta menyokong pembangunan masyarakat yang inklusif dan berterusan. Program SAM turut melibatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Julau bagi memperkasa pendidikan serta kesejahteraan murid dan warga sekolah. Melalui pendekatan turun padang, JBK meneliti keperluan komuniti dan sekolah secara lebih dekat bagi memastikan inisiatif MADANI memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat setempat.
JBK turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada JPN Sarawak, PPD Julau, Guru Besar Sk Nanga Wak, Tuai Rumah serta seluruh penduduk Rh Kanyan, Nyalak Ladong atas kerjasama dan sambutan baik sepanjang pelaksanaan program.
Untuk maklumat lanjut sila layari:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @mybiosafety