Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] Beserta Peraturan-Peraturan Biokeselamatan (Pelabelan Organisma Diubah Suai Yang Hidup (LMO) dan Hasilan Organisma Sedemikian) Zon Selatan
3 September 2025 MELAKA



Jabatan Biokeselamatan telah mengadakan Bengkel Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] Berserta Peraturan-Peraturan Biokeselamatan (Pelabelan Organisma Diubah Suai Yang Hidup (LMO) dan Hasilan Organisma Sedemikian) Zon Selatan bertempat di Hotel Hatten, Melaka. Seramai 35 peserta dari jabatan, agensi dan industri luar telah terlibat dalam menjayakan sesi libat urus bagi zon selatan.
Bengkel ini diadakan bagi menambah baik Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] agar selari dengan pembangunan bioteknologi moden serta memenuhi Artikel 27 Protokol Cartagena, mendapatkan pandangan daripada kementerian, agensi dan pihak industri terhadap cadangan pindaan akta serta pembangunan draf peraturan, dan memberikan pendedahan awal berkaitan mekanisme pelaksanaan peraturan pelabelan selaras dengan Akta Biokeselamatan 2007.