BENGKEL MEMUKTAMADKAN DAPATAN SESI LIBAT URUS DAN HALA TUJU PELAKSANAAN PENGISYTIHARAN SERTA TANGGUNGAN DAN GANTI RUGI (LR)
22 Oktober 2026 Sepang





22-23 Oktober 2026
Jabatan Biokeselamatan (JBK),
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Bengkel
Memuktamadkan Dapatan Sesi Libat Urus Dan Hala Tuju Pelaksanaan Pengisytiharan
Serta Tanggungan Dan Ganti Rugi (LR).
Bengkel ini melibatkan Pegawai Penasihat Undang-Undang NRES, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), NRES dan juga pegawai-pegawai daripada Jabatan Biokeselamatan (JBK).
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memurnikan dan memuktamadkan dapatan serta maklum balas yang diperoleh daripada Sesi Libat Urus (SLU) yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia berhubung cadangan pelaksanaan Pengisytiharan serta Tanggungan dan Ganti Rugi (Liability and Redress - LR).
Di samping itu, bengkel ini diadakan adalah bagi menyelaras cadangan mekanisme, prosedur dan keperluan pelaksanaan Pengisytiharan serta LR dengan mengambil kira aspek perundangan, teknikal, penguatkuasaan dan kepentingan pihak berkepentingan.
Selain itu juga, penganjuran bengkel
ini dapat menetapkan hala tuju pelaksanaan, strategi, pelan tindakan serta
garis masa yang jelas bagi pelaksanaan Pengisytiharan dan Tanggungan dan Ganti
Rugi (LR) sebagai panduan kepada tindakan susulan, penyediaan cadangan dasar
dan pindaan perundangan yang berkaitan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link: