MESYUARAT JAWATANKUASA AKAUN AMANAH BIL. 1/2026
10 Jun 2026 Putrajaya


Putrajaya, 10 Jun 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah (JKAA) Bil.1/2026 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan tentang prestasi fizikal, prestasi kewangan serta cadangan aktiviti gantian tahun 2026.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Lornie Enggong (Ketua Pengarah Biokeselamatan), Tuan Haji Mohd Azman bin Haji Mohd Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Pubadi a/l Govindasamy, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, Encik Mohd Razif bin Mahmood, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan dan Perolehan, Encik Shamsuddin bin Abdul Wahab, Ketua Akauntan dan Cik Camellia Roseriana binti Amu, Peguam Kanan Persekutuan, Pejabat Penasihat Undang-Undang NRES serta urus setia JBK.