Sekolah Kebangsaan Nanga Gayau, Debak telah menerima keperluan digital menerusi Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) dengan kerjasama Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Sekolah ini telah menerima sumbangan peruntukan sebanyak RM100,000.00 untuk melengkapkan kemudahan Alat Bantu Mengajar (ABM). Sumbangan ini termasuk 11 unit Smart Board TV yang bertujuan membantu kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta menyokong inisiatif pembelajaran digital dan pengaplikasian AI.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah. Keseluruhan inisiatif ini membuktikan komitmen Jabatan Biokeselamatan dalam menyokong tanggungjawab sosial dan pemerkasaan pendidikan di peringkat komuniti sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, ikuti kami di media sosial:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
Twitter: @DOBmy
YouTube: Department of Biosafety Malaysia