BENGKEL PEMBANGUNAN KAPASITI JKG-PEMANTAUAN DAN AHLI KUMPULAN KERJA PENGESANAN LMO
22 April 2026 Sepang





Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Kapasiti JKG-Pemantauan dan Ahli Kumpulan Kerja Pengesanan LMO pada 22 hingga 24 April 2026 di Hotel Sama-Sama KLIA bagi memperkukuh keupayaan pemantauan, pengesanan dan penguatkuasaan berkaitan Organisma Hidup Diubah Suai (LMO) selaras dengan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678].
Bengkel ini telah dihadiri oleh anggota Jawatankuasa Kecil GMAC-Pemantauan (JKG-Pemantauan), Ahli Kumpulan Kerja Pengesanan LMO, pegawai Jabatan Biokeselamatan serta rakan strategik dalam kalangan makmal yang berkaitan. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman, menyeragamkan prosedur pemeriksaan, menambah baik mekanisme pemantauan, memperkukuh kerjasama antara agensi serta menyelaras pelaporan dan perkongsian maklumat agar sistem kawal selia biokeselamatan negara terus relevan dalam menghadapi cabaran teknologi moden.