SESI CLOCK-OUT PENGARAH SEKSYEN PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN
17 Mac 2025 PUTRAJAYA






Sesi 'clock-out' terakhir bagi YBrs. Dr. Norwati binti Adnan, Pengarah, Seksyen Penilaian dan Penyelidikan (SNP) yang akan bersara pilihan pada 1 April 2025.
Hadir sama, YBrs. Tuan Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan, Pengarah-Pengarah Seksyen dan warga JBK dalam sesi penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Contoh Pekerja Bulanan bagi Januari 2025 kepada YBrs. Dr. dan turut mengiringi beliau di sesi clock-out ini.
Menabur bakti selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau seorang yang komited, prihatin dan pemudahcara dalam menjalankan tugas.
Rakaman setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini.
Seluruh warga JBK mendoakan agar Dr. sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah SWT. Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.