ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN APRESIASI JABATAN BIOKESELAMATAN
11 Februari 2026
Putrajaya
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN APRESIASI JABATAN BIOKESELAMATAN
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2025 dan Majlis Apresiasi Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Februari 2026. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan, yang turut menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima APC.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Azareena binti Yahya dan Puan Faridah binti Mat Jusoh atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Puan Kayathri Panjavaranam atas kenaikan pangkat yang telah diperolehi.
Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Nik Fadhlina binti Nik Marwan@Nik Fauzi atas segala sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Jabatan ini sebelum meneruskan tugas di Kementerian baharu.
Semoga segala pengiktirafan dan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBK untuk terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.